Monday, December 26, 2011

Kepada dia yang tahu ini untuk dia.

Sungguhpun kita seakan-akan tak dengar teguran, tak hayati tazkirah percuma yang pernah diberi, tahulah, kita dengar. Kita hayati. Tapi kita takut.

Awak tak tahu.

Sungguhpun kita seakan-akan tabah, seperti batu yang dihempap seribu kali pun tak musnah. Tapi kita sudah pun hancur.

Awak tak tahu.

Sungguhpun kita menjauhi diri dari perkara yang seakan-akan baik buat kita, yang seakan-akan boleh menjadikan kita "a better person". Kita tak mahu menjadi penarik ke dunia yang dipenuhi kegelapan.

Awak tak tahu.

Sungguhpun kita seakan-akan mengabaikan segala yang kita baru pelajari.

Awak tak tahu.

Kerana awak tak nampak apa yang disebalik tabir.

Tapi, awak berusaha. Terima kasih, awak.

No comments:

Post a Comment